Penceraian biarpun sesuatu yang dihalalkan, namun ianya tidak digalakkan sama sekali. Ianya a merenggangkan hubungan kasih sayang antara anak dengan ibu atau bapa. Tidak dinafikan juga bahawa penceraian merupakan langkah terbaik dilakukan sekiranya tidak wujud lagi suasana yang harmoni dan tenteram.
Firman Allah s.w.t dalam surah al-Baqarah ayat 229, “ Talaq (yang boleh dirujuk kembali itu) dua kali. Sesudah itu, bolehlah ia rujuk dan memegang terus (isterinya itu) dengan cara yang sepatutnya atau melepaskannya (menceraikannya) denagn cara yang baik….
Rasulullah s.a.w. juga bersabda, “ Sesuatu perkara yang halal yang amat dibenci oleh Allah s.w.t. ialah “Talaq”.
Cerai ialah suatu lafaz atau ucapan yang dikeluarkan oleh suami kepada isterinya dengan menggunakan lafaz talaq atau cerai atau yang serupa dengannya yang menunjukkan berakhirnya hubungan sebagai suami isteri samaada dilafazkan dengan terang ataupun kinayah. Hukum talaq turut berubah kerana sebab-sebab yang berbeza dan keadaannya yang bertukar-tukar. Hukum talaq terbahagi kepada lima iaitu :
Pertama : Wajib
Talak yang dilakukan oleh hakim ke atas pasangan suami isteri yang sentiasa bertelagah dan pada pandangan beliau dan tidak boleh berdamai lagi dan digalakkan bercerai.
Kedua : Sunat
Apabila suami tidak mampu menunaikan kewajipan terhadap isteri( isteri yang tidak menjaga kehormatan diri dan lalai menunaikan kewajipan terhadap Allah SWT ). Dalam masa yang sama suami tidak berkuasa untuk memperbaiki atau mencegah isterinya.
Ketiga: Harus
Diharuskan keatas suami menjatuhkan talak sekiranya ia tidak menyukai isterinya dan tidak mampu untuk member nafkah serta tidak mendapat istimtak ( nikmat berkeluarga daripada isterinya).
Keempat : Makruh
Menjatuhkan talak kepada isteri yang baik tingkah lakunya, jujur dan dipercayai atau mentalakkan isteri tanpa sebab-sebab yang suami boleh menceraikannya.
Kelima : Haram
Talak ketika isteri dalam keadaan haid atau nifas kerana ia akan memanjangkan tempon edah ( tempoh menhunggu) isteri yang dicerai dan menganiayainya. Begitu juga haram ketika menceraikan isterinya yang masih suci selepas disetubuhi.
Di akhir-akhir ini, banyak masalah penceraian kian meruncing. Peningkatan kadar pemceraian dan tekanan hidup dunia hari ini merupakan punca utama manusia menjadi resah dan tidak berupaya mengimbangi keperluan jiwa dengan ketenangan hati. Dalam konteks ini, apabila keadaan tidak dapat dibendung, maka penceraian tidak dapat dielakkan. Justeru itu berlaku pelbagai faktor yang menjadi penceraian. Antara faktor-faktor tersebut adalah:
1. Tidak bertanggungjawab
2. Lemah didikan agama
3. Campur tangan pihak ketiga
4. Perbezaan budaya
5. Masalah seksual
6. Masalah ekonomi
7. Masalah kerjaya
8. Masalah kesihatan
9. Masalah akhlak ataupun social
10. Masalah komunikasi
Kesan penceraian terhadap anak-anak
Tempoh perkahwinan 1 hingga 10 tahun dan peringkat umur diantara 31 hingga 35 tahun adalah usia yang muda dalam kehidupan berkeluarga. Pada ketika ini juga anak-anak berada di peringkat awal pembesaran iaitu diantara umur 1 hingga 10 tahun. Anak-anak diperingkat ini memerlukan kasih sayang, perhatian dan kemesraan daripada ibu dan bapa. Penceraian akan memberi kesan kepada anak-anak secara langsung atau tidak langsung. Dalam erti kata sebenar, rumah tangga yang pincang akan melahirkan anak-anak yang pincang.
Kehidupan anak-anak yang lahir dari hasil penceraian akan terumbang-ambing tanpa kawalan dan pegangan kukuh daripada kedua ibubapanya. Oleh kerana pengawalan terhadap mereka telah berkurangan atau mereka tidak diambil perhatian langsung oleh kedua ibubapa mereka, maka ketika itu tidak mustahil anak-anak tersebut akan bertindak melulu tanpa memikirkan sebab dan akibat yang akan menimpa mereka dikemudian hari. Hasil kajian yang dibuat didapati punca kejadian jenayah adalah tinggi di kalangan anak-anak yang mengalami perpecahan rumahtangga. Ini kerana pasangan yang bercerai menghadapi kesukaran untuk mengawal anak-anak mereka dan ramai yang menunjukkan sikap memberontak terhadap tindakan ibu bapanya yang bercerai.
Namun begitu, tidak semua anak-anak yang lahir daripada perceraian terlibat atau terbabit dengan kegiatan jenayah, malah ada diantara mangsa tersebut Berjaya didalam hidupnya. Kebiasaannya, anak-anak tersebut mendapat kesedaran daripada didikan agama daripada ibubapa mereka sebelum penceraian berlaku. Mereka pasrah dan dapat menerima bahawa pertemuan dan perpisahan adalah kudrat dan iradat dari Ilahi semata-mata.
No comments:
Post a Comment