Monday, 6 June 2011

ALAHAI IBU BAPA!!!KESIAN ANAK-ANAK …


Penceraian biarpun sesuatu yang dihalalkan, namun ianya tidak digalakkan sama sekali. Ianya a merenggangkan hubungan kasih sayang antara anak dengan ibu atau bapa. Tidak dinafikan juga bahawa penceraian merupakan langkah  terbaik dilakukan sekiranya tidak wujud lagi suasana yang harmoni dan tenteram.

Firman Allah s.w.t  dalam surah al-Baqarah ayat 229, “ Talaq (yang boleh dirujuk kembali itu) dua kali. Sesudah itu, bolehlah ia rujuk dan memegang terus (isterinya itu) dengan cara yang sepatutnya atau melepaskannya (menceraikannya) denagn cara yang baik….

Rasulullah s.a.w. juga bersabda, “ Sesuatu perkara yang halal yang amat dibenci oleh Allah s.w.t. ialah “Talaq”.

Cerai ialah suatu lafaz atau ucapan yang dikeluarkan oleh suami kepada isterinya dengan menggunakan lafaz talaq atau cerai atau yang serupa dengannya yang menunjukkan berakhirnya hubungan sebagai suami isteri samaada dilafazkan dengan terang ataupun kinayah. Hukum talaq turut berubah kerana sebab-sebab yang berbeza dan keadaannya yang bertukar-tukar. Hukum talaq terbahagi kepada lima iaitu :
Pertama : Wajib
Talak yang dilakukan oleh hakim ke atas pasangan suami isteri yang sentiasa bertelagah dan pada pandangan beliau dan tidak boleh berdamai lagi dan digalakkan bercerai.
 Kedua : Sunat
Apabila suami tidak mampu menunaikan kewajipan terhadap isteri( isteri yang tidak menjaga kehormatan diri dan lalai menunaikan kewajipan terhadap Allah SWT ). Dalam masa yang sama suami tidak berkuasa untuk memperbaiki atau mencegah isterinya.
Ketiga: Harus
Diharuskan keatas suami menjatuhkan talak sekiranya ia tidak menyukai isterinya dan tidak mampu untuk member nafkah serta tidak mendapat istimtak ( nikmat berkeluarga daripada isterinya).
Keempat : Makruh
Menjatuhkan talak kepada isteri yang baik tingkah lakunya, jujur dan dipercayai atau mentalakkan isteri tanpa sebab-sebab yang suami boleh menceraikannya.
Kelima : Haram
Talak ketika isteri dalam keadaan haid atau nifas kerana ia akan memanjangkan tempon edah ( tempoh menhunggu) isteri yang dicerai dan menganiayainya. Begitu juga haram ketika menceraikan isterinya yang masih suci selepas disetubuhi.


Di akhir-akhir ini, banyak masalah penceraian kian meruncing. Peningkatan kadar pemceraian dan tekanan hidup dunia hari ini merupakan punca utama manusia menjadi resah dan tidak berupaya mengimbangi keperluan jiwa dengan ketenangan hati. Dalam konteks ini, apabila keadaan tidak dapat dibendung, maka penceraian tidak dapat dielakkan. Justeru itu berlaku pelbagai faktor yang menjadi penceraian. Antara faktor-faktor tersebut adalah:

1.      Tidak bertanggungjawab
2.      Lemah didikan agama
3.      Campur tangan pihak ketiga
4.      Perbezaan budaya
5.      Masalah seksual
6.      Masalah ekonomi
7.      Masalah kerjaya
8.      Masalah kesihatan
9.      Masalah akhlak ataupun social
10. Masalah komunikasi

Kesan penceraian terhadap anak-anak

Tempoh perkahwinan 1 hingga 10 tahun dan peringkat umur diantara 31 hingga 35 tahun adalah usia yang muda dalam kehidupan berkeluarga. Pada ketika ini juga anak-anak berada di peringkat awal pembesaran iaitu diantara umur 1 hingga 10 tahun. Anak-anak diperingkat ini memerlukan kasih sayang, perhatian dan kemesraan daripada ibu dan bapa. Penceraian akan memberi kesan kepada anak-anak secara langsung atau tidak langsung. Dalam erti kata sebenar, rumah tangga yang pincang akan melahirkan anak-anak yang pincang.

Kehidupan anak-anak yang lahir dari hasil penceraian akan terumbang-ambing tanpa kawalan dan pegangan kukuh daripada kedua ibubapanya. Oleh kerana pengawalan terhadap mereka telah berkurangan atau mereka tidak diambil perhatian langsung oleh kedua ibubapa mereka, maka ketika itu tidak mustahil anak-anak tersebut akan bertindak melulu tanpa memikirkan sebab dan akibat yang akan menimpa mereka dikemudian hari. Hasil kajian yang dibuat didapati punca kejadian jenayah adalah tinggi di kalangan anak-anak yang mengalami  perpecahan rumahtangga. Ini kerana pasangan yang bercerai menghadapi kesukaran untuk mengawal anak-anak mereka dan ramai yang menunjukkan sikap memberontak terhadap tindakan ibu bapanya yang bercerai.

Namun begitu, tidak semua anak-anak yang lahir daripada perceraian terlibat atau terbabit dengan kegiatan jenayah, malah ada diantara mangsa tersebut Berjaya didalam hidupnya. Kebiasaannya, anak-anak tersebut mendapat kesedaran daripada didikan agama daripada ibubapa mereka sebelum penceraian berlaku. Mereka pasrah dan dapat menerima bahawa pertemuan dan perpisahan adalah kudrat dan iradat dari Ilahi semata-mata.

PELABURAN YANG SIA-SIA

Suatu hari, sedang seorang hamba Allah berjalan-jalan di sebuah pasar di salah sebuah bandar terkemuka di Malaysia, tiba-tiba kedengaran suara seorang anak memujuk ayahnya, “Abah, abah..adik nak baju tu”, sambil si anak menudingkan jarinya ke arah baju-baju yang bergantungan. Dipendekkan cerita, rupa-rupanya si anak tadi telah jatuh hati dengan baju t-shirt yang mempunyai gambar seorang penyanyi tersohor tanahair hasil produk daripada salah sebuah akademi hiburan paling popular di Malaysia. 

Artikel ini di tulis bukanlah bertujuan untuk memburukkan sesiapa, cuma sekadar ingin membuka minda kita tentang fenomena hiburan yang melanda masyarakat di Malaysia. Malaysia kini dilanda demam Realiti TV yang mewarnai persada hiburan tanahair. Trend masa kini menyaksikan populariti peserta rancangan Realiti TV kini melebihi artis sedia ada yang telah lama bertapak di pasaran. Bayangkan hanya dalam masa beberapa tahun sahaja Malaysia kini sudah mempunyai pelbagai rancangan Realiti TV dalam dan luar negara yang ditayangkan oleh pelbagai stesyen televisyen swasta mahupun kerajaan seperti Akademi Fantasia di Astro, Mentor, “Malaysian Top Host”dan “The Apparentice” di TV3 dan Bintang RTM di TV2.

Adalah menjadi satu menjadi kerisauan dan kebimbangan yang amat sangat apabila menyaksikan pembaziran wang yang begitu tinggi terutamanya berlaku dikalangan pelajar-pelajar sekolah termasuk penuntut universiti hanya kerana ingin mendapat hiburan yang seketika. Nilai SMS Akademi Fantasia pada 2004 sahaja mencecah RM7.5 juta merangkumi 15 juta SMS yang dikirimkan oleh segenap lapisan masyarakat. Menurut perangkaan, Malaysia kini mempunyai 12 juta pengguna telefon bimbit prabayar dan terdapat 12 juta pengguna telefon bimbit prabayar di negara ini yang merupakan 83 peratus daripada 14.6 juta pengguna telefon bimbit di Malaysia. Bayangkan jumlah SMS yang dikeluarkan oleh rakyat Malaysia di dalam kesemua rancangan Realiti TV yang terdapat di negara kita. Sudah tentu nilainya akan mencecah jutaan ringgit yang sepatutnya disalurkan kepada perkara yang lebih bermanfaat dan membina. 
Berdasarkan pemerhatian secara umumnya dapat dirumuskan bahawa rancangan Realiti TV yang disiarkan adalah bersifat hiburan semata-mata. Ianya tidak banyak membantu untuk memajukan perkembangan pemikiran dan kemajuan diri.  Masyarakat kini lebih berminat untuk mengetahui kontroversi peserta Realiti TV dengan tenaga pengajar, komen sinis para juri, ketidakpuashatian peminat dan bermacam-macam lagi berbanding dengan mengetahui apa yang berlaku di Palestine, Afghanistan, Kashmir, Darfour, Sudan dan Iraq. Para peminat Realiti TV menitiskan air mata tatkala peserta pujaan mereka kalah atau terkeluar tetapi ianya tidak berlaku apabila menyaksikan kanak-kanak yang terkorban di Palestine. 

Selain daripada itu persoalan yang sepatutnya dilemparkan di sini ialah adakah berbaloi dengan membelanjakan wang ratusan ringgit hanya demi untuk mengundi penyanyi kegemaran. Alangkah baik sekiranya wang itu dibelanjakan untuk membeli buku ilmiah bagi menambahkan ilmu pengetahuan.  Laporan Kajian Tabiat Membaca Rakyat Malaysia yang dijalankan olehPerpustakaan Negara Malaysia (PNM) menunjukkan bahawa masyarakat Malaysia hanya membaca 2 buah buku setahun.Kajian ini menunjukkan tabiat membaca yang rendah  di kalangan rakyat Malaysia jika dibandingkan dengan negara maju seperti negara-negara eropah, Jepun dan  Korea. Hasrat Malaysia untuk menjadi negara maju sepenuhnya tidak akan tercapai sekira tabiat rakyatnya yang lebih berfokus kepada hiburan berbanding ilmu pengetahuan.

Trend membelanjakan wang ringgit untuk hiburan seperti SMS ini perlu dibendung sebelum ianya menjadi penyakit kronik kepada masyarakat. Perlu diingatkan sebuah negara yang disegani di dunia memiliki satu ketamadunan yang mempunyai masyarakat yang berdisiplin, berhemah tinggi berilmu, beriman, bertaqwa serta berakhlak mulia. Demi mencapai pembentukan akhlak terunggul, ianya memerlukan kegemilangan ilmu bagi menjadi pemangkin kemakmuran dan kemajuan. Di dalam konteks ini masyarakat perlu bijak dalam merencanakan perbelanjaanya bagi menjana kecemerlangan diri. Pembaziran wang melalui SMS yang dikaitkan dengan rancangan Realiti TV tidak sepatutnya berlaku di kalangan masyarakat berilmu pengetahuan. Fikir-fikirkanlah wahai umat manusia. Melaburlah pada tempat yang sepatutnya.

Friday, 20 May 2011

ADA APA DALAM BEG TANGAN WANITA ?

"Wahai umat manusia!Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu. Sesungguhnya Allah maha mengetahui, lagi maha mendalam pengetahuannya  (akan keadaan dan amalan kamu).
                                                                                                          (Surah al-Hujurat : Ayat 13)

Wanita menarik nafas lebih kerap dari lelaki, manakala lelaki menarik nafas lebih dalam daripada wanita. Sistem badan lelaki dan wanita tidak sama. Lelaki lebih banyak memerlukan oksigen berbanding wanita supaya mereka dapat menukarkannya kepada tenaga. Kulit lelaki lebih kasar berbanding kulit wanita yang lebih halus. Wanita lebih halus suaranya berbanding lelaki yang lebih besar dan kasar suaranya. Lelaki memiliki tulang anggota yang lebih panjang manakala tulang wanita bukan sekadar lebih  kecil malah susunannya berbeza disebabkan wanita diciptakan oleh Allah dengan struktur tubuh untuk melahirkan anak. 

Demikian juga psikologi, wanita secara umum lebih bersikap mengikut kata hati, lebih berminat kepada cinta, kasih sayang dan hubungan perasaan. Apabila mengamati sesutau benda, kedua-duanya berbeza. Lelaki lebih banyak menggunakan pengamatan tumpuan, manakala wanita menggunakan pengamatan yang luas dan membesar. Pengamatan lelaki ibarat cahaya laser yang menumpu kepada sesuatu objek. Pengamatan wanita pula ibarat lampu suluh yang membuka, menampakkan banyak benda. Mereka mahu mengambil tahu semua perkara, daripada perkara kecil sehingga perkara yang lebih besar.Sementara lelaki hanya menumpukan kepada matlamat utama. 

Cuba perhatikan kepada wanita, apa yang mereka bawa apabila berjalan keluar rumah. Tengok saja pada beg tangan mereka, lebih besar daripada lelaki. Lelaki hanya membawa beg  sahaja, hanya dalamnya mempunyai lesen memandu, duit, kad pengenalan dan kad-kad bank saja. Dalam beg tangan wanita, semua ada. Dompet duit, kad kredit, buku bank, alat solek, cermin, tisu, pengetip kuku, gambar suami, gambar anak, ubat,  dan bermacam-macam lagi.  

Kenapa berlaku sedemikian terhadap wanita? Jawabnya kerana wanita memikirkan pelbagaian kemungkinan perkara yang berlaku. Mereka lebih peka, apabila sesuatu terjadi, persedian sudah pun dilakukan. Ini bermakna pemikiran dan penumpuan wanita lebih lebar. Pada lelaki cukup dengan lesen memandu dan duit, sebab mereka mahu sampai kepada matlamat. Duit untuk membeli dan lesen memandu supaya selamat dari Polis.

Demikian perbezaan yang wujud di antara lelaki dan wanita. Kerana itu, tidak hairan apabila suami isteri melihat banyak perkara secara berbeza. Urusan rumah tangga kadang-kadang ditangani secara berbeza. Contohnya apabila kedua-dua bekerja yang terpaksa keluar rumah di awal pagi. Dalam banyak hal, wanita bekerja paling banyak bersungut. Suaminya apabila keluar sahaja dari rumah, yang dibawa hanya kunci kereta, masuk ke dalam kereta dan hidupkan enjin, kemudian menunggu isteri. Matlamat mereka ke pejabat. Manakala si isteri,  memikirkan apa yang anak bawa ke sekolah, baju di ampaian siapa yang nak ambil, anak belum makan lagi, kalau boleh si isteri mahu memikirkan semua benda, kerana padanya apabila terjadi sesuatu, apakah kesudahannya.

Apabila suami dan isteri pergi ke kompleks beli belah, si isteri apabila masuk sahaja pusat membeli belah, mereka melihat banyak benda dahulu, satu persatu, perlahan-lahan, dari atas ke bawah, kain dipegang dan diperhatikan. Kemudian pegang pula kain lain,selepas berjam-jam barulah dibuat pilihan membeli. Pendek kata,si suami yang menjadi pengikut setia mudah bosan. Bagi lelaki apabila hendak membeli sesuatu, terus dituju ke tempat yang ingin dibeli dan terus membeli. Membeli belah bagi lelaki tidak mengambil masa yang lama.

Contoh-contoh di atas menunjukkan cara wanita mengamati sesuatu berbeza daripada lelaki.Sebab itu, jangan bergaduh selepas membeli belah, jangan bergaduh bila ke tempat kerja. Si isteri jangan putus asa melihat suami apabila keluar saja dari rumah terus masuk kereta, tanpa mahu mengangkat botol susu anak, kain lampin, dan berbagai-bagi lagi untuk di bawa ke rumah pengasuh. Akuilah kita berbeza. Perbezaaan bukan untuk bermusuh, sebaliknya supaya saling bantu membantu dan berkasih sayang. Tentulah kerana perbezaan yang ada antara kita, maka kita lebih berkasih sayang. 

Sunday, 17 April 2011

Perantau Dunia

Assalamualaikum...
Ku mulakan dengan Bismillah..
Ku akhiri dengan alhamdulillah..
Semoga perjalanan hidup ini berada dilandasan yang sebenarnya..